Rabu, 11 Mac 2015

SOALAN SAINTIS MUDA 2015

STESEN 1                                                                                                                         (15minit)

AKTIVITI : MENGUKUR ISIPADU BATU
BAND : 4
DESKRIPTOR: MEMBUAT PENGUKURAN MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL

Radas dan bahan : Bekas Eureka, batu, benang dan silinder penyukat 100ml.



    Prosedur:
1.       Susunkan radas seperti dalam rajah.
2.       Turunkan batu ke dalam Bekas Eureka secara perlahan-lahan.
3.       Kumpulkan air yang keluar dari bekas Eureka ke dalam silinder penyukat.
4.       Catatkan bacaan silinder penyukat.


STESEN 1 :
NOMBOR KUMPULAN :……..

SOALAN:
       1.       Berapakah bacaan isipadu batu tersebut?

       …………………………………………………………………..
       2.       Apakah  keadah yang digunakan untuk menentukan isipadu pepejal tidak sekata ini? 

          ………………………………………………………………………………………………
       3.       Mengapakah isipadu tidak sekata ditentukan dengan menggunakan keadah ini.

        ……………………………………………………………………………………………
       4.       Susunkan langkah yang betul bagi menyukat isipadu gabus . Kemudian, tentukan                      isipadu gabus.(KBAT)
        ....................................................................................................................................................




         Isipadu batu   =…………………….
         Isipadu gabus  =………………………



STESEN 2                                                                                                                              (15MINIT)

AKTIVITI : MENGUKUR SUHU
BAND : 4
DESKRIPTOR : MEMBUAT PENGUKURAN MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL
Radas dan bahan: Termometer, air panas , ais, garam, spatula dan bikar 100ml




Prosedur:
1.       Pelajar dikehendaki mengukur bacaan suhu air panas dan suhu ais dengan menggunakan termometer.
2.       Tambahkan satu spatula  garam ke dalam air panas dan ukur bacaannya.
3.       Seterusnya tambahkan satu spatula garam ke dalam bikar yang mengandungi ais dan ukur bacaannya .




STESEN 2 :
NOMBOR KUMPULAN :……………

PEMERHATIAN :
Bacaan suhu (°C)
Air Panas
Ais

Tanpa garam



Dengan kehadiran garam




SOALAN:
1.       Berapakah takat didih air tulen?

……………………………………..
2.       Darjah kepanasan atau kesejukan dikenali sebagai………………………….

3.       Alat pengukuran yang digunakan untuk menyukat suhu ialah
a)…………………………………………..
b)……………………………………………

4.       Apakah kegunaan rat di dalam termometer klinik?
…………………………………………………………………………
5.       Rekodkan bacaan suhu cecair pada termometer di bawah.          
      

Bacaan termometer:……………





STESEN 3                                                                                                                                            (15MINIT)

AKTIVITI : MELUKIS DAN MELABEL STRUKTUR UMUM SEL TUMBUHAN
BAND : 4
DESKRIPTOR: MELUKIS STRUKTUR SEL MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL.
Radas dan bahan: Mikroskop dan slaid sel tumbuhan


ARAHAN:
1.       Pelajar dikehendaki  melihat dan melukis rajah sel yang dilihat di bawah mikroskop.
2.       Pelajar di kehendaki melabelkan struktur-struktur asas bagi sel tersebut.


STESEN 3 :
NOMBOR KUMPULAN : …………

SOALAN:
1.       Lukis dan label struktur umum sel tumbuhan


















2.       Apakah perbezaan di antara sel tumbuhan dan sel haiwan?

…………………………………………………………………………………………..

3.       Apakah bahan binaan dinding sel?

…………………………………………………………………

4.       Apakah fungsi pigmen hijau yang terdapat di dalam daun?

…………………………………………………………………………..

5.       Apakah peranan pelaras kasar?

.............................................................................




STESEN 4                                                                                                                                           (15MINIT)

AKTIVITI : MENENTUKAN PERATUSAN OKSIGEN DALAM UDARA
BAND : 4
DESKRIPTOR : MENGKAJI KOMPONEN UDARA MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL
Radas dan bahan: Takung kaca, balang gas, alas balang gas,Sebatang lilin, getah dan mancis api.
Pelajar dikehendaki  menjalankan eksperimen mengukur peratusan kandungan oksigen dengan  alat radas dan bahan  yang diberikan.
               
Prosedur
1.       Letakkan kaki balang gas di dalam takung kaca.
2.       Lekatkan lilin pada kaki balang gas dengan plastisin.
3.       Isikan takungan kaca dengan air sehingga keseluruhan kaki balang gas berada di bawah aras air.
4.       Tanpa menyalakan lilin, telengkupkan balang gas ke atas lilin dan tanda aras air pada balang gas.
5.       Bahagikan ruang udara di dalam balang gas kepada lima bahagian dengan menggunakan  getah.
6.       Alihkan balang gas dan nyalakan lilin dalam balang gas.
7.       Telengkupkan balang gas ke atas lilin bernyala semula.
8.       Perhatikan nyalaan lilin dan perubhan aras air di dalam balang gas.STESEN 4


STESEN 4 :
NOMBOR KUMPULAN :…………

SOALAN
1.       Nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.

……………………………………………………………………..

2.       Berikan inferens bagi  jawapan anda dalam soalan 1

………………………………………………………………………………..

3.       Nyatakan kedudukan paras air dalam balang gas di akhir eksperimen.
………………………………………………………………………………………………….
4.       Apakah yang ditunjukkan oleh peningkatan paras air di dalam balang gas?

………………………………………………………………………………………………………..

5.       Berdasarkan paras air di dalam balang gas, peratus oksigen dalam udara ialah …………………






STESEN 5                                                                                                                                          (15minit)

AKTIVITI: MENENTUKAN JISIM DAN BERAT OBJEK
BAND : 4
DESKRIPTOR : MEMBUAT PENGUKURAN MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL
Alat dan radas: Neraca spring, Neraca tuas/neraca tiga alur dan  pemberat bola besi.
               

ARAHAN:
1.       Timbang pemberat bola besi dengan menggunakan neraca spring
2.       Ulangi langkah 1 dengan menggunakan neraca tuas.
3.       Catat bacaan tersebut.






STESEN 5
NOMBOR KUMPULAN :………

PEMERHATIAN
Bahan
Bacaan Neraca Spring
Neraca tuas

Pemberat bola besi








SOALAN
Lengkapkan jadual di bawah untuk membezakan antara konsep jisim dengan konsep berat (KBAT)
Ciri
Jisim
Berat
(a)Dipengaruhi oleh tarikan graviti Bumi


(b) Nilai sukatan adalah tetap di tempat yang berlainan


(c) Unit SI




(d)Alat radas yang digunakan untuk pengukuran


Definisi jisim dan berat objek

(e) Jisim ialah ………………………………………………………………………………………………………………………

(f) Berat ialah ……………………………………………………………………………………………………………………..







STESEN 6                                                                                                                                          (15MINIT)

DESKRIPTOR : MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA ORGAN DERIA DAN RANGSANGAN MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL
BAND : 4
AKTIVITI : MEMBUAT AIS KRIM DALAM MASA 10 MINIT
Radas dan bahan: Tuala, ais, susu UHT,garam  dan plastik ais krim.

                      


PROSEDUR:
1.       Masukkan susu UHT ke dalam plastik ais krim dan buang udara dalam plastik itu. (Bermaksud air susu tepung itu akan berada dlm keadaan leper setelah udara ditolak keluar drp plastik ais krim)
2.       Masukkan ketulan ais ke dalam plastik  yang bersaiz satu gelen sehingga separuh penuh.
3.       Letakkan plastik ais cream yang berisi susu UHT ke dalam plastik yang berisi ais . 
4.       Tambahkan 4 sudu garam ke dalam plastik gelen yang berisi ketulan ais dan ice cream . Ikat plastik itu dengan kemas.
5.       Seterusnya, plastik gelen itu dibalut dengan tuala bersih mengikut gaya murid. Goncangkan plastik itu selama 10 minit sehingga kandungan ais krim membeku .
6.       Buka plastik gelen dan perhatikan pembentukan ais krim

STESEN 6 :
NOMBOR KUMPULAN :………..

SOALAN
1.       Apabila aiskrim diletakkan di dalam mulut, air liur melarutkan makanan dan bahan kimia merangsangkan tunas rasa. Apakah organ utama deria rasa?

…………………………………………………………………………………..

2.       Kenal pasti reseptor yang terdapat pada bahagian-bahagian lidah dalam rajah berikut
3.       Apakah fungsi tuala yang digunakan di dalam eksperimen ini?

………………………………………………………………………………….

4.        Apakah fungsi garam dalam eksperimen ini?

………………………………………………………………………………….

5.       Ahmad mengalami hidung tersumbat. Aiskrim strawberi yang dimakannya terasa manis tetapi dia tidak dapat rasa perisa strawberi tersebut. Jelaskan mengapa.(KBAT)

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………








Tiada ulasan:

Catat Ulasan