Ahad, 20 April 2014

Video membina roket air dengan payung terjun

Assalamualaikum WRT.


BAHAGIAN 1




BAHAGIAN 2


BAHAGIAN 3


BAHAGIAN 4


BAHAGIAN 5
LOADING...........




video pelancaran roket dengan payung terjun





Sabtu, 19 April 2014

BANNER POP POP BOATS ( BOT AIR BERKUASA WAP)

  Assalamualaikum WRT. Insyaallah projek sains akan datang bernama pop pop boat iaitu bot air berkuasa wap. Projek ini dirancang akan diadakan pada 9 mei 2014. Aktiviti menyiapkan banner ini telah berlangsung pada 10 April 2014 (jam 2.30 ptg- 4.00 ptg)
                                                                                   
saya telah menayangkan gambar di white board, pelajar melukis menggunakan pensel.

Pelajar mengecat banner

                                                                       tekun dan teliti


ni adalah salah satu aktiviti untuk memenuhi masa perjumpaan kokurikulum. Di samping dapat menjimatkan wang menempah banner di kedai. Jadi, kami telah berusaha sendiri menyiapkan banner bagi menjayakan projek seterusnya...

Banner sudah siap. Tunggu masa untuk projek dijalankan. Pada masa akan datang, saya akan update bagaimana cara utk membina pop pop boat

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI SAINS (WATER ROCKET CHALLANGE) NEW

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ENGKILILI, 95800, ENGKILILI ,SARAWAK

PROJEK INOVASI KELAB SAINS
Tajuk : “PERTANDINGAN ROKET AIR”
Tarikh : 03 April 2014
Jam: 1430-1630
Tempat : Padang sekolah
Guru penasihat 1 : En. Sam’un Bin Yaacob
Guru penasihat 2 : En.Joseph Ak Seliman
Guru penasihat 3 : En. Hazlan B. Abd. Hadi
Peserta: Terbuka kepada semua pelajar
Anjuran: Kelab Sains



IDEA ASAL :




..........................................
(EN.SAM’UN BIN YAACOB)
KETUA GURU PENASIHAT
KELAB SAINS 2014
DISEMAK :




............................................
(EN.JENSEN AK HILARY
DUNDANG)
PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM




DISAHKAN :



..............................
(EN. GANIS AK ABI)
 PENGETUA



Objektif
    1)  Menarik minat murid terhadap aplikasi pembelajaran sains.
    2)  Memupuk kerjasama di kalangan murid.
    3)  Mendidik murid menjaga kebersihan dan kekemasan sepanjang melaksanakan projek.
    4)  Meningkatkan keupayaan murid mencipta bentuk roket yang terkini.
    5)  Mampu menjalankan prosedur kerja secara saintifik.  
    6)  Memahami  konsep sains fizik :

    a)Gerakan jatuh bebas dan projectiles
    b)Bentuk aerodinamik (konsep bernoulli)
    c) Inertia
    d)Daya geseran, Lift force, and drag force
    e) Hukum ketiga newton
    f) Tekanan
    g) Graviti
   h) Daya tujah ke atas (upthrust)
    i)  Geseran udara + Berat  < Daya tujah ke atas


Penglibatan murid
Penyertaan murid ting 1 = 11 kumpulan =55 orang
Penyertaan murid ting 2 = 13 kumpulan = 67 orang
Penyertaan murid ting 3 = 8 kumpulan    = 42 orang
Penyertaan murid ting 4 = 6 kumpulan     = 30 0rang
Penyertaan murid ting 5 = 8 kumpulan     = 40 orang

Penyertaan murid = 46 kumpulan= 234 orang
Ajk =16 orang
Jumlah  penglibatan murid = 250 orang





Kos hadiah
Kategori payung terjun (menengah atas)
Hadiah utama = Hamper bernilai  Rm 80
Hadiah kedua = Hamper bernilai  Rm 60
Hadiah ketiga = Hamper bernilai  Rm 40

Kategori sasaran (menengah bawah)
Hadiah utama = Hamper bernilai  Rm 80
Hadiah kedua = Hamper bernilai  Rm 60
Hadiah ketiga = Hamper bernilai  Rm 40

Rekaan kreatif
Hamper bernilai  RM 80

Saguhati
1 pek = 5 bungkus maggi
Pek mee maggi peserta = 42 pek
Pek mee maggi AJK =  3pek
Jumlah pek mee maggi yang diperlukan = 45 pek
Air mineral (250 ml) = 1 kotak

Minuman dan makanan
                 1)    Miuman coca-cola=  15 tin
                 2)    Kuih =  Satu pinggan
                 3)    Behun 15 pinggan







Jumaat, 18 April 2014

BAGAIMANA MEMBINA ROKET AIR DENGAN CARA YANG BETUL

HOW TO MAKE WATER ROCKET


Sediakan 2 buah botol air minuman 1.5L, gunting,plastisin, pisau, cell tape, dan kertas cover buku skrap berwarna

satu botol dipotong 3 bahagian. iaitu kepala, tengah dan tapak. Satu botol lagi tidak dipotong.

Botol yang tidak dipotong ditampal dengan plastisin dibahagian tapak.

bahagian kepala yang dipotong tadi ditampal cell tape spt ini

Bahagian kepala ditampal dibahagian tapak botol yang ditampal plastisin

Plastisin yang ditampal adalah penting utk memeberikan momentum yang lebih besar kepada roket.

                                     
Kemudian dimasukkan plastik sampah secukupnya ke bahagian kepala. Tujuannya adalah bertindak sbg bumper (menahan hentakan dan memastikan roket tidak remuk @ rosak.

                                                 

                                     
                                              Bahagian kepala tadi ditampal dengan cell tape


                                     
             
                                                 
bahagian tapak ditampal dibahagian mulut botol.Pastikan ia boleh berdiri tegak

Ini adalah bahagian sayap. Ukur dengan teliti kerana sayap yang baik boleh membantu roket terbang lebih jauh


      Atau boleh ambik ukuran ini. Untuk buat sayap (fin) ,cover buku skrap dipotong mengikut saiz di atas.


                                     

 Tampal sayap spt ini

Roket sasaran sudah siap



MAKING ICE-CREAM PROJECT (PROJEK INOVASI SAINS)

Making ice-cream project

Projek menghasilkan ais krim dalam masa 15 min merupakan salah satu cara yang diyakini mampu menarik minat pelajar terhadap sains. Di bawah adalah gambar semasa projek ini dilaksanakan.


ketulan ais
                                           
air susu tepung penuh krim, air sirap, garam, getah, dan plastik ais krim

                                         
  Isikan ais separuh penuh ke dalam plastik bersaiz satu gelen dan kemudian masukkan 4 sudu garam ke dalam plastik yg berisi ais itu.  Air susu tepung dimasukkan ke dlm plastik ais krim. Pastikan udara dibuang dan seterusnya plastik ais krim diikat kemas. Kemudian, dimasukkan  plastik ais krim yg mengandungi air susu tepung itu ke dalam plastik yg mengandungi ais dan garam. Balut plastik itu dengan tuala. Seterusnya goncangkan. Sekiranya ingin mempelbagaikan ais krim, masukkan air sirap ke dalam plastik ais krim dan ulang langkah 3 hingga 7
            



                                                
                                          
 Ais krim terbentuk setelah digoncang selama 15min



ais krim susu dan ais krim sirap sudah terhasil.



 

               Bahan dan anggaran kos perbelanjaan
                     1)  Ais = (Rm 5.00)
                     2)  1 bungkus Garam = (Rm1.00)
                     3)  2 kotak susu tepung penuh krim  = (Rm11.60)         
                     4)    Air sirap = (Rm5.00)
                     5)    Tuala bersih yang bersaiz besar (murid bawa)
                     6)    Plastik (Rm3.40)
                     7)    Sudu (bawa dari rumah)
                     8)    Getah (Rm 3.00)
                     9)    Plastik ais krim (Rm 2.50)
                     Jumlah kos = Rm 31.50
                       
Bagaimana untuk membekukan air dalam masa 10-15 min???
        1)    Semua bahan yang dinyatakan di sediakan.
        2)    Masukkan susu dutch lady ke dalam plastik ais krim dan buang udara dlm plastik itu. Bermaksud air susu tepung itu akan berada dlm keadaan leper setelah udara ditolak keluar drp plastik ais krim.
        3)    Masukkan ketulan ais ke dalam plastik  yang bersaiz satu gelen sehingga separuh penuh.
        4)    Letakkan plastik ais cream yang berisi susu dutch lady ke dalam plastik yang berisi ais . 
        5)  Tambahkan 4 sudu garam ke dalam plastik gelen yang berisi ketulan ais dan ice cream . Ikat plastik itu dengan kemas.
         6)  Seterusnya, plastik gelen itu dibalut dengan tuala bersih mengikut gaya murid. Goncangkan plastik itu selama 15 minit sehingga kandungan ais krim membeku .
         7)    Buka plastik gelen dan perhatikan pembentukan ais krim. Sekiranya pertandingan dibuat, maka kemenangan murid boleh dinilai berdasarkan tahap kemenjadian membentuk ais. 
          8) Sekiranya ingin mempelbagaikan ais krim, masukkan air sirap ke dalam plastik ais krim dan ulang langkah 3 hingga 7



Projek ini telah dilaksanakan di sekolah kami dan sambutannya sangat menggalakkan. Keputusan keseluruhannya adalah semua kumpulan telah berjaya menghasilkan ais krim susu dalam masa 15 minit. Manakala separuh daripada kumpulan pelajar telah berjaya menghasilkan ais krim sirap. Maka, jika guru-guru ingin melaksanakan projek ini, saya menyarankan guna air susu tepung penuh krim (xkira la jenama ape), kerana air susu tepung ini mudah membeku. Tetapi tiada masalah, jika ingin mencuba menghasilkan ais krim sirap @ mengguna air manis berperasa lain. Insyaallah berjaya...

Khamis, 17 April 2014

PERTANDINGAN ROKET AIR TERBARU 2014 ( LATEST)

PERTANDINGAN ROKET AIR SASARAN & PAYUNG TERJUN 2014




Roket air merupakan salah satu permainan berasaskan sains fizik yang sangat menyeronokkan. Siapa agaknya yang pernah berpeluang mencipta roket dan melancarkan roket tersebut sendiri?? 
Sesiapa yang pernah melalui pengalaman ini, pasti akan tersenyum sendiri kan? Hehehe..

Pada 3 April 2014 iaitu hari khamis, saya bersama guru penasihat kelab sains yg lain telah menganjurkan pertandingan Roket Air secara besar-besaran di sekolah SMK ENGKILILI, Sri Aman Sarawak. 

Let's Get The Knowledge Here !!!


Roket air kategori sasaran ini telah mencapai jarak hampir 90 meter. Video ini menunjukkan kumpulan pelajar yang mendapat juara bagi kategori ini. Semua roket telah dilancarkan pada tekanan 60psi pada sudut 60 darjah. Jisim roket pula mestilah di antara 200gram-240gram.


Roket air kategori payung terjun.


Gembiranya budak2 tu.



Pertandingan roket yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana suku drp jumlah pelajar sekolah ini iaitu sebanyak 250 pelajar terlibat secara langsung menjayakan aktiviti ini. Daripada jumlah pelajar ini, telah pecahkan kepada 47 kumpulan dan bermakna ada 47 buah roket. Kebanyakan kumpulan pelajar terdiri drp 5 pelajar. Selebihnya adalah pembantu guru.


Roket air yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori.


                                              Di samping itu,nak iklan pelancar roket skit..
Pelancar roket berkembar bersama satu meter tekanan dijual pada harga RM360 shj. 
Pelancar ini dijual mengikut warna di atas.Iaitu tapak biru dan bhgn pelancar wrna merah. Selain itu, pemilihan warna lain adalah dibenarkan.
Pam angin tidak termasuk dalam semua jualan.ok

1)Pelancar Roket berkembar berserta dua meter tekanan dan dua pili paip tekanan dijual pada harga RM400 termasuk pos.
2)Pelancar Roket berkembar berserta satu meter tekanan,dan dua pili paip dijual pada harga RM360 termasuk pos. contoh pelancar adalah seperti dibawah.



3) Pelancar Roket berkembar berserta dua pili paip  dijual pada harga Rm320 termasuk pos.
4)Pelancar Roket solo berserta satu meter tekanan dan satu pili paip dijual pada harga RM210 termasuk pos. 
5)Pelancar Roket solo berserta satu pili paip dijual pada harga RM170 termasuk pos. Contoh roket adalah seperti di bawah, Pemilihan warna juga adalah dibenarkan.

.
              Pemilihan warna pelancar adalah dibenarkan,bergantung kepada kehendak pembeli.



6)Pelancar Roket solo tiada meter tekanan dan tiada pili paip dijual pada harga RM120 termasuk pos. Sesuai untuk bermain dengan anak2...riadah bersama keluarga. Saya sarankan untuk pam sebanyak 15 pam shj tetapi saya tidak galakkan untuk pelancar tiada pam tekanan. Sbb kt tidak boleh nk agak 
tekanan yang sepatutnye diberikan. 
7) Dalam semua perkara di atas, jika terdapat sebarang kemalangan dan 
kecederaan semasa pelancaran, kena tanggung sendiri. 
SEBARANG PERTANYAAN,BOLEH HUBUNGI CIKGUSAM  : 019-9811503



Video pemasangan pelancar roket solo bersama meter tekanan. Senang dibuka dan pasang balik.

Pelancar roket solo ini dijual pada harga Rm210shj termasuk pos. Sesuai untuk roket kategori sasaran dan payung terjun kerana ianya selamat digunakan. Pelancar utama sudah digam dengan kuat (bahagian ini sudah direka). Cuma tapak dengan pelancar utama belum digam paip. Langkah pemasangan adalah spt di atas. Tetapi, jika tidak mahu kerap buka dan pasang balik, boleh juga digam paip semuanya. Gam paip hanya berharga rm3 shj. Jika tidak yakin utk gam, boleh minta tolong cikgu Kemahiran hidup untuk gam bhgn tapak jew, sangat senang. Tetapi, klau x gam pun xpe, cuma kena pastikan semasa pasang bhgn tapak dan pelancar itu mestilah kedap. Pelancar ini dibina pada sudut 60 darjah kerana pada sudut ini, boleh menggerakkan roket pada momentum yang tinggi dan akhirnya roket begerak terbang jauh. 


test pelancar roket


 Sebelum pertandingan. Pelancar senang dibuka. Meter tekanan juga boleh dibuka pasang.

Ini adalah roket ciptaan saya sendiri. Cantik tuuu...

Cantiknya roket COCA-COLA tu. Agak2 nye sape yg buat??

Pelajar tidak sabar2 untuk melihat melancarkan roket mereka....


Hadiah hamper dan sijil penyertaan untuk para peserta.

Roket kategori payung terjun. Cantik dan roket ini telah selamat mendarat.

Mee ini adalah saguhati untuk para peserta yang kalah..

Roket terbang tinggi

kedua2 roket boleh terbang serentak.

 pelajar melihat meter tekanan yang dipastikan mencapai 60 psi





Saya akan update lagi beberapa video serta teknik yang digunakan untuk permainan ini. Tunggu ...............