Projek menghasilkan ais krim dalam masa 15 min merupakan salah satu cara yang diyakini mampu menarik minat pelajar terhadap sains. Di bawah adalah gambar semasa projek ini dilaksanakan.
ketulan ais
air susu tepung penuh krim, air sirap, garam, getah, dan plastik ais krim
Isikan ais separuh penuh ke dalam plastik bersaiz satu gelen dan kemudian masukkan 4 sudu garam ke dalam plastik yg berisi ais itu. Air susu tepung dimasukkan ke dlm plastik ais krim. Pastikan udara dibuang dan seterusnya plastik ais krim diikat kemas. Kemudian, dimasukkan plastik ais krim yg mengandungi air susu tepung itu ke dalam plastik yg mengandungi ais dan garam. Balut plastik itu dengan tuala. Seterusnya goncangkan. Sekiranya ingin mempelbagaikan ais krim, masukkan air sirap ke dalam plastik ais krim dan ulang langkah 3 hingga 7
Ais krim terbentuk setelah digoncang selama 15min
ais krim susu dan ais krim sirap sudah terhasil.
1) Ais
= (Rm 5.00)
2) 1 bungkus Garam = (Rm1.00)
3) 2 kotak susu
tepung penuh krim = (Rm11.60)
4)
Air
sirap = (Rm5.00)
5)
Tuala
bersih yang bersaiz besar (murid bawa)
6)
Plastik
(Rm3.40)
7)
Sudu (bawa dari rumah)
8)
Getah
(Rm 3.00)
9)
Plastik
ais krim (Rm 2.50)
Jumlah
kos = Rm 31.50
Bagaimana untuk membekukan air dalam masa 10-15 min???
1)
Semua
bahan yang dinyatakan di sediakan.
2)
Masukkan
susu dutch lady ke dalam plastik ais krim dan buang udara dlm plastik itu. Bermaksud air susu tepung itu akan berada dlm keadaan leper setelah udara ditolak keluar drp plastik ais krim.
3)
Masukkan
ketulan ais ke dalam plastik yang bersaiz
satu gelen sehingga separuh penuh.
4)
Letakkan
plastik ais cream yang berisi susu
dutch lady ke dalam plastik yang berisi ais .
5) Tambahkan 4 sudu garam ke dalam plastik gelen yang berisi ketulan ais dan ice cream . Ikat plastik itu dengan
kemas.
6) Seterusnya,
plastik gelen itu dibalut dengan tuala bersih mengikut gaya murid. Goncangkan
plastik itu selama 15 minit sehingga kandungan ais krim membeku .
7)
Buka
plastik gelen dan perhatikan pembentukan ais krim. Sekiranya pertandingan dibuat, maka kemenangan murid boleh dinilai berdasarkan tahap kemenjadian membentuk ais.
8) Sekiranya ingin mempelbagaikan ais krim, masukkan air sirap ke dalam plastik ais krim dan ulang langkah 3 hingga 7
8) Sekiranya ingin mempelbagaikan ais krim, masukkan air sirap ke dalam plastik ais krim dan ulang langkah 3 hingga 7
Projek ini telah dilaksanakan di sekolah kami dan sambutannya sangat menggalakkan. Keputusan keseluruhannya adalah semua kumpulan telah berjaya menghasilkan ais krim susu dalam masa 15 minit. Manakala separuh daripada kumpulan pelajar telah berjaya menghasilkan ais krim sirap. Maka, jika guru-guru ingin melaksanakan projek ini, saya menyarankan guna air susu tepung penuh krim (xkira la jenama ape), kerana air susu tepung ini mudah membeku. Tetapi tiada masalah, jika ingin mencuba menghasilkan ais krim sirap @ mengguna air manis berperasa lain. Insyaallah berjaya...
Mane sirapnye??
BalasPadamsirapnya dituang sama dlm plastik ais krim. Air sirap tu tetap beku juga. tetapi perlu digoncang lama skit. Memang beku dan pelajar saya telah buktikan...
BalasPadam