Ahad, 1 November 2015

PERTANDINGAN ROKET AIR 2015

Pertandingan roket air 2015

Tarikh : 30/10/2015
Jam : 3ptg-6.30ptg
Tempat : SMK ZON R1 WANGSA MAJU



untuk mengetahui syarat pertandingan roket air. sila klik link di bawah






Pelancaran roket air kategori sasaran



Roket air dengan payung terjun


Video pelancaran roket air dengan payung terjun


































Sabtu, 31 Oktober 2015

Kertas kerja roket air 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ZON R1 WANGSA MAJU

PROJEK INOVASI SAINS
Tajuk : “PERTANDINGAN ROKET AIR”
Tarikh binaan roket: 30 OKTOBER 2015
Tarikh pertandingan : 6/11/2015 & 13/11/2015

Jam: 1530-1830
Tempat : Padang DBKL
Guru penasihat 1 : En. Sam
Guru penasihat 2 : En.Akmal
Guru penasihat 3 : Datin Norizah
Guru penasihat 4: Puan Zaimah
Peserta: Terbuka kepada semua pelajar




IDEA ASAL :




..........................................
DISEMAK :




............................................





DISAHKAN :



..............................








1.0 Objektif

1.1 Objektif umum
    1)  Menarik minat murid terhadap aplikasi pembelajaran sains.
    2)  Memupuk kerjasama di kalangan murid
    3)  Mendidik murid menjaga kekemasan sepanjang melaksanakan  projek.
    4)  Meningkatkan keupayaan murid mencipta bentuk roket yang terkini.
    5)  Mampu menjalankan prosedur kerja secara saintifik.  

 
1.2 Objektif khusus- Memahami  konsep sains yang terlibat :
       a) Gerakan jatuh bebas dan projectiles
       b) Bentuk aerodinamik (konsep bernoulli)
       c) Inertia
       d) Daya geseran, Lift force, and drag force
       e) Hukum ketiga newton
       f) Tekanan
       g) Graviti
       h) Daya tujah ke atas (upthrust)
       i)  Geseran udara + Berat  < Daya tujah ke atas




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFaYIwZ0TH6yJO1e0yrPAprWKNbHAcfs0jMu5kc0yny38YgYMAg8PA3u94bx_Sc9iWe7LY2AFvpqtMYN_LCILMT7qfWj5aKDv6xNRnhjIgm5doCMTmUp246oaBhdbl3UjTjRcre6ZmhHU/s1600/R3.JPG





2.0 Sasaran Murid
Semua murid yang berminat
(lihat lampiran)

3.0 Syarat pertandingan
1.      Setiap roket disediakan oleh murid.
a)      Roket sasaran
b)      payung terjun
2.      Setiap kumpulan di wakili oleh 3-4 orang murid

        3.1  Roket sasaran
Pemarkahan dinilai dari segi
a)      Jarak mendarat dari pelancar roket.
b)      Rekabentuk yang lebih aerodinamik.
c)      Ketahanan.
d)      Kerja berpasukan.
e)      Lebih inovasi.
f)       Jisim roket.
g)      Pemberat roket yg digunakan

3.2   Payung terjun
        Pemarkahan dinilai dari segi
a)      Tempoh masa di kira dari
- mula roket dilepaskan sehingga roket jatuh ke darat @
- hilang dari pandangan @
- Lekat di pokok
b)      Kekemasan
c)      Ketahanan
d)      Kreativiti
e)      Aerodinamik
f)       Jisim roket
g)      Pemberat roket yg digunakan















4.0  Sumbangan hadiah

Kategori payung terjun
Hadiah utama = Rm40
Hadiah kedua = Rm30
Hadiah ketiga =  Rm20

Kategori sasaran
Hadiah utama = Rm40
Hadiah kedua = Rm30
Hadiah ketiga = Rm20

5.0 Kos bahan mentah+ kos upah + kos overhead = Rm100
       (lampiran)

6.0 Guru bertugas
             1)      En. Sam
             2)      En. Akmal
             3)      Datin Norizah
             4)      Pn. Zaimah

7.0 Tugas guru bertugas
     1) Perlu menjaga disiplin murid semasa tempoh aktiviti berlangsung (27-28/10/2015)
     2) Bersiap sedia dari segi kecemasan.
     3) Memastikan aktiviti berjalan lancar

 8.0 Tentatif program
     


Tarikh/Hari
Masa
Aktiviti
Guru bertugas
30/10/2015
Selasa
2.00ptg
-Murid berkumpul di tapak perhimpunan
- Mengambil kehadiran
-Menyiapkan tempat pembahagian setiap kumpulan
En. Sam
En. Akmal
Datin Norizah
Pn. Zaimah

2.30ptg
-
3.30ptg
Roket sasaran
-Murid mula membina kepala roket.
-satu botol cola dipotong 3 bahagaian
- ambil satu bahagian botol yg dipotong itu ditampal pada bahagian tapak botol cola yg satu lagi.
-ambil plastisin dan lekat pada tapak botol (rekaan kepala roket)
-timbang roket – pastikan jisim 230gram-250gram
- Reka bentuk sayap
-tampal sayap
-Hias roket
-cat guna spray            




En. Sam
En. Akmal
Datin Norizah
Pn. Zaimah


3.30ptg
-
4.30ptg
Roket dengan payung terjun
-murid membina payung terjun.
-satu botol cola dipotong 3 bahagaian
- ambil satu bahagian botol yg dipotong itu ditampal pada bahagian tapak botol cola yg satu lagi.
-ambil plastisin dan lekat pada tapak botol (rekaan kepala roket)
-timbang roket – pastikan jisim 230gram-250gram
- Reka bentuk sayap
-tampal sayap
-Hias roket
-cat guna spray



En. Sam
En. Akmal
Datin Norizah
Pn. Zaimah

6/11/2015
Jumaat


5.00ptg
-Mengumpul murid di tapak perhimpunan dan bergerak ke padang
-ambil kehadiran murid
En. Sam
En. Akmal
Pn. Zaimah
Datin Norizah

5.15 ptg
-6.30ptg



Pertandingan di mulakan
bagi kategori sasaran
(pelajar tingkatan 2)
-          13 kumpulan

Pertandingan di mulakan
bagi kategori sasaran
(pelajar tingkatan 1)
-          9 kumpulan


En. Sam
En. Akmal
Datin Norizah
Pn. Zaimah

13/11/2015

3.00ptg-5.00ptg
Pertandingan di mulakan
bagi kategori payung terjun

(pelajar tingkatan 2)
- 13 kumpulan
(pelajar tingkatan 1)
-9 kumpulan


Rabu, 7 Oktober 2015

Nota ulangkaji sains tingkatan 2


BAB2 : Nutrisi

Ujian makanan dapat digunakan utk menunjukkan kehadirian kanji, glukosa, protein dan lemak dalam makanan. Rajah menunjukkan empat jenis makanan







 







Bahan
Makanan
Bahan uji
Pemerhatian
Roti
kanji
Larutan iodin
Larutan menjadi biru tua
Jus oren
Glukosa
Larutan Benedict
Mendakan merah bata terbentuk
Telur
Protein
Reagen Millon
Mendakan merah bata terbentuk
Minyak
Lemak
Larutan etanol
Emulsi keruh terbentuk




Rajah menunjukkan keratan rentas usus kecil





Pengelasan tuas

Tuas kelas pertama
1) gunting
2) Playar
3) jongkang-jongket
4) spanar

Tuas kelas kedua
1) Kereta sorong
2) Pemecah buah keras
3) Pembuka penutup botol
4) stapler


Tuas kelas ketiga
1) Penyapu
2) Cangkul
3) Joran
4) Kayu golf



Tuas kelas ketiga




Tuas kelas kedua








Tuas kelas pertama






Bab 5 :

Penyejatan merupakan proses yg perlahan dan berlaku pada permukaan cecair
Pendidihan merupakan proses yg sgt cepat dan berlaku pada keseluruhan cecair


1) Kedua-dua proses penyejatan dan pendidihan melibatkan perubahan fizikal air kepada wap air. Nyatakan perbezaan penyejatan dan pendidihan

- Penyejatan berlaku pada permukaan cecair sahaja manakala pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair
-Penyejatan berlaku pada sebarang suhu manakala pendidihan berlaku pada takat didih cecair itu.


2) Terangkan keadaan proses penyejatan yg memberi keburukan dlm kehidupan seharian

-Penyejatan menyebabkan simpanan air di empangan berkurang terutama pada musim kemarau. hal ini boleh menyebabkan masalah putus bekalan air.

3) Nyatakan faedah yg diperoleh daripada penyejatan
- Dapat mengeringkan pakaian
- dapat menghasilkan garam


Rajah menunjukkan susunan radas bagi proses elektrolisis air


a) Namakan gas yg terhasil dalam proses ini

Gas P: Oksigen
Gas Q : Hidrogen

b) Bandingkan aras air dlm dua tabung uji dan jelaskan pemerhatian anda

Air dalam tabung uji P mengandungi lebih banyak berbanding dengan tabung uji Q. Hal ini kerana nisbah kandungan hidrogen kepada oksigen ialah 2: 1

c) Nyatakan ujian pengesahan bagi gas yg terkumpul dlm kedua-dua tabung uji tersebut
Gas P : Kayu uji berbara menyala semula
Gas Q : Bunyi 'pop' terhasil apabila di uji dengan kayu uji menyala

d) Namakan gas yg terkumpul di katod (elektrod negatif)
Gas hidrogen

e) Namakan gas yg kemumpul di anod (elektrod positif)
Gas oksigen

f) Bagaimanakah seseorg dapat menentukan jenis gas yg dinyatakan
Letupan kecil dgn bunyi pop terhasil

g) Apakah komposisi satu molekul air?
Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen



Bab 6 : Tekanan

Aplikasi prinsip tekanan

1)rajah menunjukkan sebatang picagari






a) Bagaimanakah cecair disedut masuk ke dalam picagari?
    Dengan menarik omboh ke belakang

b) Berikan sebab bagi jawapan di (a)
    Apabila omboh ditarik ke belakang, P mempunyai tekanan udara yg rendah. tekanan atmosfera yang tinggi menolak cecair masuk ke dalam picagari

2)rajah menunjukkan alif sedang minum minuman dalam kotak. Bagaimana minuman itu dapat disedut?




a)Apabila alif menyedut minuman mengggunakan penyedut minuman, udara dalam penyedut minuman disedut keluar menghasilkan tekanan yg rendah. tekanan atmosfera yg lebih tinggi menolak air masuk ke dalam mulut

3) rajah menunjukkan cangkuk dengan pelekap getah



a) Terangkan bagaimana prinsip tekanan udara dalam cangkuk dengan pelekap getah itu
kawasan di dalam pelekap getah mempunyai tekanan udara yg rendah . tekanan atmosfera yg tinggi di luar menekan pelekap getah dengan kuat terhadap dinding


b) Ali meniup udara ke dalam kotak minuman kosong dan dipijak kotak yg ditiup itu. Terangkan kejadian itu.




Bab 7 : Dinamik

1)Geseran bertindak apabila dua permukaan saling bergeser antara satu dengan yang lain.






a) Terangkan bagaimana daya geseran bertindak dalam rajah yg ditunjukkan di bawah
Arah geseran bertentangan dengan arah gerakan. Hal ini menyebabkan pergerakan menjadi semakin lambat. Geseran antara tayar dengan permukaan jalan membantu menghentikan motosikal apabila dibrek serta merta


b) Nyatakan kesan daripada geseran selepas suatu tempoh yg lama
- tayar kurang mencengkam apabila dibrek
- menyebabkan motosikal tergelicir
- tayar semakin haus

c) Nyatakan faktor -faktor yg mempengaruhi daya geseran?
- berat objek
- Kekasaran permukaan sentuhan

2)Rajah di bawah menunjukkan  aminah sedang menarik beg . Daya 450N diperlukan untuk menarik beg sejauh 3m dalam masa 15 saat.



Kirakan kerja dan kuasa dalam aktiviti ini

Kerja= daya * jarak
         = 450N * 3m
         = 1350J

Kuasa = kerja/masa
           = 1350 /15
           = 90 Watt



Bab 8 : Sistem sokongan dalam haiwan

1 . rajah menunjukkan dua rangka mamalia terbesar di darat dan di laut






                


a) Apakah persamaan ciri sistem sokongan yg dimiliki oleh kedua-dua mamalia tersebut
- ada rangka dalam
- ada tulang belakang

b) terangkan perbezaan ciri sistem sokongan yg dimiliki oleh ikan paus dan gajah?
- ikan paus bergantung kepada keapungan air utk sokongan manakala gajah bergantung kepada sistem sokongan rangka dalam
- rangka dalam ikan paus yg kecil tidak mampu utk menyokong badan ikan paus sepenuhnya

c) Ikan paus yg terdampar di pantai memerlukan bantuan utk kembali ke laut. Terangkan
- Ikan paus mempunyai lengkungan pektoral dan rangka dalam yg kecil berbanding dgn saiz badan yg besar . Hal ini menyukarkan ikan paus bergerak di darat tanpa keapungan air