BAB 7 DINAMIK
Daya
1. Daya ditakrifkan sbg ___________ @ _____________ ke atas objek.
2. Contoh daya tolakan: menendang bola,_______,_______,________
3. Contoh daya tarikan : tarik laci,_________,_________,_________
4. Kesan daya dapat dirasai tetapi daya tidak dapat dilihat.
Jenis-jenis Daya
a) Daya graviti - daya yg menarik objek ke bumi
b) Daya magnet- daya yg menarik bahan magnet spt logam kepada magnet
c) Daya elektrik-
d) Daya elektrostatik - daya yg dihasilkan oleh cas elektrik statik sbb geseran antara 2 bhn yg berbeza
e) Daya geseran- Daya yg menentang pergerakan sesuatu objek
Pengukuran daya
1) Unit daya ialah Newton (Band 1)
2) Nilai/magnitud daya dapat diukur menggunakan neraca spring.
3) Penunjuk menunjukkan magnitud daya
4) Apbl beban digantung, berat beban mengenakan daya ke atas spring dan memanjangkannya.
5) Pemanjangan spring berkadar terus dgn berat beban. (daya yg dikenakan).
6) Maka, semakin bertambah berat beban, semakin bertambah pemanjangan spring.
Aplikasi daya geseran
1) Daya geseran boleh
a) Memperlahankan @ membernhentikan objek bergerak.
b) Menghalang objek pegun drp bergerak.
2) Magnitud daya geseran bergantung :
a) Berat objek- lebih berat , maka lebih besar geseran
b) Jenis permukaan- lebih kasar , maka lebih besar geseran
cth : permukaan kertas pasir lebih kasar drp permukaan kaca, maka geseran yg bertindak pada bongkah adalah lebih besar
Kebaikan geseran
1) Berjalan tanpa gelincir kerana geseran tapak kasut dgn lantai.
2) Membolehkan pegang objek .
3) Kenderaan bergerak tanpa babas.
4) Tangga yg disandarkan dan pegun tidak gelincir kerana geseran
Keburukan geseran
1) Permukaan objek menjadi haus & lusuh akibat geseran
2) Penghasilan haba dlm mesin boleh menyebabkan kerosakan spt sensor.
3) Memperlahankan kenderaan menyebabkan penggunaan bhn api yg banyak.
4) Menentang pergerakan objek.
5) Penghasilan bunyi -gangguan
Penambahan geseran
a) Tayar mempunyai corak & bunga
b) Lantai dilapik dgn tikar @ permaidani utk elak drp gelincir
c) Pemegang pisau & gunting diperbuat drp getah
d) Permukaan jalan raya yg kasar iaitu diperbuat drp campuran tar dgn batu kecil
Pengurangan geseran
a) Penggolek diletakkan di bawah objek yg berat utk mudah digerakkan
b) minyak & gris digunakan dlm enjin utk mengurangkan geseran dlm enjin.
c) Kapal terbang berbentuk aerodinamik utk mengurangkan geseran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan