Rabu, 7 Oktober 2015

Nota ulangkaji sains tingkatan 2


BAB2 : Nutrisi

Ujian makanan dapat digunakan utk menunjukkan kehadirian kanji, glukosa, protein dan lemak dalam makanan. Rajah menunjukkan empat jenis makanan







 







Bahan
Makanan
Bahan uji
Pemerhatian
Roti
kanji
Larutan iodin
Larutan menjadi biru tua
Jus oren
Glukosa
Larutan Benedict
Mendakan merah bata terbentuk
Telur
Protein
Reagen Millon
Mendakan merah bata terbentuk
Minyak
Lemak
Larutan etanol
Emulsi keruh terbentuk




Rajah menunjukkan keratan rentas usus kecil





Pengelasan tuas

Tuas kelas pertama
1) gunting
2) Playar
3) jongkang-jongket
4) spanar

Tuas kelas kedua
1) Kereta sorong
2) Pemecah buah keras
3) Pembuka penutup botol
4) stapler


Tuas kelas ketiga
1) Penyapu
2) Cangkul
3) Joran
4) Kayu golf



Tuas kelas ketiga




Tuas kelas kedua








Tuas kelas pertama






Bab 5 :

Penyejatan merupakan proses yg perlahan dan berlaku pada permukaan cecair
Pendidihan merupakan proses yg sgt cepat dan berlaku pada keseluruhan cecair


1) Kedua-dua proses penyejatan dan pendidihan melibatkan perubahan fizikal air kepada wap air. Nyatakan perbezaan penyejatan dan pendidihan

- Penyejatan berlaku pada permukaan cecair sahaja manakala pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair
-Penyejatan berlaku pada sebarang suhu manakala pendidihan berlaku pada takat didih cecair itu.


2) Terangkan keadaan proses penyejatan yg memberi keburukan dlm kehidupan seharian

-Penyejatan menyebabkan simpanan air di empangan berkurang terutama pada musim kemarau. hal ini boleh menyebabkan masalah putus bekalan air.

3) Nyatakan faedah yg diperoleh daripada penyejatan
- Dapat mengeringkan pakaian
- dapat menghasilkan garam


Rajah menunjukkan susunan radas bagi proses elektrolisis air


a) Namakan gas yg terhasil dalam proses ini

Gas P: Oksigen
Gas Q : Hidrogen

b) Bandingkan aras air dlm dua tabung uji dan jelaskan pemerhatian anda

Air dalam tabung uji P mengandungi lebih banyak berbanding dengan tabung uji Q. Hal ini kerana nisbah kandungan hidrogen kepada oksigen ialah 2: 1

c) Nyatakan ujian pengesahan bagi gas yg terkumpul dlm kedua-dua tabung uji tersebut
Gas P : Kayu uji berbara menyala semula
Gas Q : Bunyi 'pop' terhasil apabila di uji dengan kayu uji menyala

d) Namakan gas yg terkumpul di katod (elektrod negatif)
Gas hidrogen

e) Namakan gas yg kemumpul di anod (elektrod positif)
Gas oksigen

f) Bagaimanakah seseorg dapat menentukan jenis gas yg dinyatakan
Letupan kecil dgn bunyi pop terhasil

g) Apakah komposisi satu molekul air?
Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen



Bab 6 : Tekanan

Aplikasi prinsip tekanan

1)rajah menunjukkan sebatang picagari






a) Bagaimanakah cecair disedut masuk ke dalam picagari?
    Dengan menarik omboh ke belakang

b) Berikan sebab bagi jawapan di (a)
    Apabila omboh ditarik ke belakang, P mempunyai tekanan udara yg rendah. tekanan atmosfera yang tinggi menolak cecair masuk ke dalam picagari

2)rajah menunjukkan alif sedang minum minuman dalam kotak. Bagaimana minuman itu dapat disedut?




a)Apabila alif menyedut minuman mengggunakan penyedut minuman, udara dalam penyedut minuman disedut keluar menghasilkan tekanan yg rendah. tekanan atmosfera yg lebih tinggi menolak air masuk ke dalam mulut

3) rajah menunjukkan cangkuk dengan pelekap getah



a) Terangkan bagaimana prinsip tekanan udara dalam cangkuk dengan pelekap getah itu
kawasan di dalam pelekap getah mempunyai tekanan udara yg rendah . tekanan atmosfera yg tinggi di luar menekan pelekap getah dengan kuat terhadap dinding


b) Ali meniup udara ke dalam kotak minuman kosong dan dipijak kotak yg ditiup itu. Terangkan kejadian itu.




Bab 7 : Dinamik

1)Geseran bertindak apabila dua permukaan saling bergeser antara satu dengan yang lain.






a) Terangkan bagaimana daya geseran bertindak dalam rajah yg ditunjukkan di bawah
Arah geseran bertentangan dengan arah gerakan. Hal ini menyebabkan pergerakan menjadi semakin lambat. Geseran antara tayar dengan permukaan jalan membantu menghentikan motosikal apabila dibrek serta merta


b) Nyatakan kesan daripada geseran selepas suatu tempoh yg lama
- tayar kurang mencengkam apabila dibrek
- menyebabkan motosikal tergelicir
- tayar semakin haus

c) Nyatakan faktor -faktor yg mempengaruhi daya geseran?
- berat objek
- Kekasaran permukaan sentuhan

2)Rajah di bawah menunjukkan  aminah sedang menarik beg . Daya 450N diperlukan untuk menarik beg sejauh 3m dalam masa 15 saat.



Kirakan kerja dan kuasa dalam aktiviti ini

Kerja= daya * jarak
         = 450N * 3m
         = 1350J

Kuasa = kerja/masa
           = 1350 /15
           = 90 Watt



Bab 8 : Sistem sokongan dalam haiwan

1 . rajah menunjukkan dua rangka mamalia terbesar di darat dan di laut






                


a) Apakah persamaan ciri sistem sokongan yg dimiliki oleh kedua-dua mamalia tersebut
- ada rangka dalam
- ada tulang belakang

b) terangkan perbezaan ciri sistem sokongan yg dimiliki oleh ikan paus dan gajah?
- ikan paus bergantung kepada keapungan air utk sokongan manakala gajah bergantung kepada sistem sokongan rangka dalam
- rangka dalam ikan paus yg kecil tidak mampu utk menyokong badan ikan paus sepenuhnya

c) Ikan paus yg terdampar di pantai memerlukan bantuan utk kembali ke laut. Terangkan
- Ikan paus mempunyai lengkungan pektoral dan rangka dalam yg kecil berbanding dgn saiz badan yg besar . Hal ini menyukarkan ikan paus bergerak di darat tanpa keapungan air




Tiada ulasan:

Catat Ulasan