Khamis, 2 Julai 2015

Unsur ,sebatian dan campuran

Sumber di bumi wujud sebagai
a) Unsur
b) Sebatian
c) Campuran


Unsur
Unsur iaitu bahan yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas. Unsur wujud dalam bentuk logam dan bukan logam.

Contoh unsur logam
ialah besi, emas, timah, aluminium, zink, plumbum dan kuprum


Contoh unsur bukan logam 
sulfur,hidrogen, oksigen, argon,karbon,klorin,nitrogen dan iodin.

kegunaan unsur bukan logam

Perbezaan logam dan bukan logam



Sebatian
iaitu bahan baharu yang terbentuk apabila dua atau lebih unsur bergabung secara kimia.

Contoh sebatian 
ialah air, garam, gula dan karbon dioksida.


Rabu, 1 Julai 2015

SAINS (TING 2) SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DENGAN PERSEKITARAN

BAB 4 :
SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DENGAN PERSEKITARAN


Band 2 : Menerangkan setiap maksud dengan jelas

HABITAT
Maksud habitat ialah tempat tinggal semulajadi 



Spesies
maksud spesies ialah organisma yang sama dan dapat saling membiak.




Populasi
Maksud populasi ialah sekumpulan organisma yang sama spesies yang tinggal di habitat yang sama,




Komuniti
Maksud komuniti ialah beberapa kumpulan populasi yang hidup di habitat yang sama dan saling bersandar antara satu sama lain.





Ekosistem
iaitu beberapa komuniti yang berdekatan dan mempunyai populasi yang  saling bersandar dengan benda hidup dan benda bukan hidup






SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP MEMBENTUK EKOSISTEM SEIMBANG

Band 4

Contoh-contoh saling bersandaran antara organisma

1) Tumbuhan hijau bergantung kepada manusia untuk mendapat karbon dioksida. Karbon dioksida dihasilkan daripada proses respirasi manusia. karbon dioksida diperlukan untuk proses fotosintesis.
2) Tumbuhan hijau bergantung kepada benda bukan hidup spt cahaya matahari dan air untuk menjalankan proses fotosintesis.
3) Haiwan karnivor seperti singa bergantung kepada haiwan herbivor spt rusa untuk mendapat bekalan makanan.
4) Haiwan bergantung kepada tumbuhan untuk mendapat oksigen


Interaksi antara organisma

Band 3

Pemangsa-mangsa
Pemangsa- haiwan yang memakan haiwan lain untuk mendapat bekalan makanan
Mangsa- haiwan yang dimakan oleh pemangsa

Ciri-ciri pemangsa ialah 
a) Haiwan karnivor yang biasanya lebih besar dan mempunyai kuku tajam dan gigi yang tajam
b) Penglihatannya adalah stereoskopik (menganggar kedudukan mangsa dengan tepat) 

Ciri-ciri mangsa ialah
a) Penglihatan monokular
b) berlari dengan pantas dan deria pendengaran yang kuat
c) Hidup berkumpulan.


Persaingan
iaitu organisma yang bersaing untuk mendapat makanan, tempat tinggal dan pasangan





Simbiosis
1) maksudnya ialah interaksi antara dua organisma yang berlainan spesis yang tinggal bersama.

2) Terbahagi kepada 3
      a) Mutualisme - kedua-dua organisma mendapat manfaat.
      b) Komensalisme - satu organisma mendapat faedah dan satu organisma lagi tidak rugi @ tidak                                           untung.
      c) Parasitisme - Satu organisma mendapat faedah dan satu organisma lagi terjejas

3) Contoh mutualisme




4) Contoh komensalisme
     a) Teritip pada ikan paus - teritip dapat pengangkutan, perlindungan dan sisa makanan
     b) Pokok orkid pada dahan pokok - orkid dapat bekalan cahaya matahari yg cukup.

     c) Ikan remora melekat pada iakan jerung - ikan remora dapat sisa makanan, perlindungan dan                 pengangkutan drpd ikan jerung tetapi ikan jerung tidak dapat manfaat

  

a) Satu organisma mendapat faedah dan satu