Khamis, 17 September 2015

Air dan larutan

Ciri fizikal air
a) Tiada warna
b) Tiada bau
c) Tiada rasa
d) Menukarkan kertas kobalt klorida kontang biru kepada merah jambu
e) Takat didih 1000C -  suhu di mana air bertukar kepada gas. air serap tenaga dan air bertukar kpd stim
f) Takat beku 00C - suhu di mana air bertukar kepada ais. air bebas tenaga dan air bertukar kpd ais
    Takat lebur 00C - suhu di mana ais bertukar kepada air. ais serap tenaga dan ais bertukar kpd air
g) benda asing akan meningkatkan takat didih air dan mengurangkan takat beku air


Pentaksiran (BAND1)
Sediakan peta bulatan ciri-ciri air

Komposisi air
a) Air terbentuk drp  2 unsur iaitu hidrogen dan oksigen. Formula : H2O
b) Elektrolisis : Teknik menguraikan air dgn menggunakan elektrik.
c) Elektrolit adalah cecair yg dapat mengkonduksikan elektrik. (air + asid sulfurik cair)
d) Semasa elektrolisis :
i)arus mengalir dari anod ke katod
ii)gas hidrogen terkumpul pada elektrod negatif (katod) dan gas oksigen terkumpul pada elektrod positif (anod)

e) Gas hidrogen diuji dgn kayu uji menyala. bunyi pop terhasil
f)  Gas oksigen di uji dgn kayu uji berbara. kayu uji menyala


Penyejatan air
a) Penyejatan air ialah proses perubahan ceacir menjadi gas pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair itu
b) Faktor2 yg mempengaruhi kadar penyejatan air
     i)   Pergerakan udara- air menyejat dgn lebih cepat jika ada angin dgn menolak zarah wap air dari permukaan ke persekitaran
     ii)  suhu Persekitaran- suhu di bawah matahari lebih tinggi drp dalam almari. suhu tinggi menyebabkan molekul air mendapat tenaga yg lebih utk terbebas ke udara
     iii) Permukaan terdedah- lebih besar permukaan(pring petri) berbanding bikar lebih tinggi kadar penyejatan
     iv) kelembapan udara- lebih rendah kelembapan air udara , lebih tinggi kadar penyejatan. cth udara kering yg kurang molekul menyebabkan lebih byk ruang antara zarah. maka byk molekul air terbebas

Aplikasi penyejatan air
a) Mengeringkan pakaian - memaparkan pakaian utk meningkatkan luas permukaan
b) Mengeringka rambut- pengering rambut meningkatkan gerakan udara
c) Pemprosesan tepung lembu
d) Pengeringan hasil pertanian


Latihan 1) Sediakan peta buih bagi faktor kadar penyejatan air
             2) Sediakan peta buih berganda perbezaan penyejatan dan pendidihan

Penyejatan
a) Berlaku pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair
b) Proses yg lambat
c) Berlaku pada permukaan cecair
d) Berubah daripada cecair kepada gas
e) Menyerap tenaga haba

Pendidihan
a) Berlaku pada keseluruhan cecair
b) Proses yg cepat
c) berlaku pada suhu 1000C
d) Berubah daripada cecair kepada gas
e) Menyerap tenaga haba

Larutan dan keterlarutan (BAND 2)
1) Zat terlarut ialah bahan yg boleh larut
2) Pelarut ialah cecair yg dapat melarutkan zat terlarut
3) Sekiranya garam dilarutkan dalam air, suatu larutan terhasil. Garam adalah zat terlarut manakala air adalah pelarut
4) Keterlarutan ialah kuantiti maksimum bahan yg dapt dilarutkan dlm 100g pelarut pada suhu tertentu.
5) Ampaian ialah cecair campuran yg mengandungi zarah2 yg tidak larut dlm air.
6) Air adalah pelarut universal kerana dapat melarutkan kebanyakan bahan.





3 ulasan:

  1. Terima Kasih.Nota ini sangat ringkas dan memudahkan saya memahami dan cepat untuk diingati.

    BalasPadam
  2. Boleh ajar saya cara membuat folio air dan larutan

    BalasPadam