Khamis, 10 September 2015

Tekanan Udara

Teori kinetik gas

Jelaskan tekanan udara?
1) Teori kinetik gas menyatakan gas terdiri drp zarah-zarah halus & diskrit yg bergerak secara rawak.
2) Dlm bekas tertutup, zarah2 udara berlanggar antara satu sama lain dan dgn dinding bekas.
3) Pelanggaran zarah udara dgn dinding bekas mewujudkan tekanan udara.
4) Tekanan udara dpt ditingkatkan dgn mengurangkan isipadu bekas kerana zarah udara berlanggar dgn lebih kerap sesama sendiri dan dgn dinding bekas.


Adakah udara mengenakan tekanan? buktikan
Aktiviti : Udara mengenakan tekanan
Bahan : kadbod, penyedut minuman (straw), besen dan gelas plastik

a) Isikan air penuh dalam gelas plastik. Tutup gelas dgn kadbod. Terbalikkan gelas. lepaskan kadbod perlahan2 dgn hanya memegang gelas sahaja.
Pemerhatian : Air tidak tumpah dan kadbod kekal pada kedudukannnya
sebab:  Daya gariviti terhadap air lebih kecil drp daya tekanan udara yg lebih besar bertindak terhadap kadbod. Tekanan udara ini menekan kadbod dan kadbod kekal pada kedudukannya.


b) Masukkan straw ke dalam bikar yg berisi air. tutup lubang straw di atas dgn jari. alihkan straw drp bikar.
Pemerhatian ; di dapati air kekal dlm straw.
Sebab: daya tekanan udara yg lebih besar drp daya graviti telah menyokong berat air. maka air tidak  keluar drp straw.




c) Terbalikkan dan tenggelamkan keseluruhan gelas ke dlm besen yg berisi air. Angkat gelas perlahan-lahan ( sebahagaian gelas keluar drp besen). Pastikan udara tidak masuk dlm gelas.
Pemerhatian : Air kekal penuh dlm gelas
Sebab : Daya tekanan udara menyokong berat air dlm gelas dengan menekan permukaan air dlm bikar


kesimpulan : Udara mengenakan tekanan . hipotesis di terima


Huraikan faktor2 tekanan udara dalam bekas tertutup (Band 4)

a) Isipadu bekas - (isipadu bekas kurang, tekanan udara bertambah)
                           - kerana ruang zarah utk bergerak menjadi kurang, pelanggaran antara zarah &                                       dinding bekas lebih kerap. maka tekanan udara bertambah
b) Suhu udara- (suhu udara bertambah, tekanan udara bertambah)
                      - kerana zarah menerima byk tenaga haba dan seterusnya bergerak pantas. kesannya                               pelanggaran antara zarah & dinding bekas lebih kerap. Maka tekanan udara bertambah


Aplikasi prinsip tekanan udara




Selasa, 8 September 2015

Aplikasi Kerja & kuasa

KERJA

1) Maksud kerja ialah tenaga yang digunakan untuk menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang lain
 2) Kerja di lakukan apabila daya menggerakkan objek pada suatu jarak dan arahnya adalah sama dengan arah daya.
cth : Ali menarik kotak yg berat

3) Kerja tidak dilakukan apabila objek yg dikenakan daya tidak bergerak
cth: Ali menolak dinding, Ali sedang membaca buku

4) Kerja dilakukan bertambah apabila
a) daya yg dikenakan bertambah
b) Jarak yg dilalui bertambah

Pengiraan kerja yg dilakukan

Kerja = Daya x Jarak                    Unit kerja = Joule (J)

cth :



kirakan kerja yg dilakukan utk mengangkat beban berjisim 25kg?







KUASA - definisi : Kadar kerja dilakukan
Power is the rate doing work

Pengiraan kuasa

Kuasa = Kerja                                 Unit kuasa = Watt (W)
               Masa


cth :
Ali yg mempunyai berat 500N menolak kereta sorong  beban 150N sejauh 4meter dlm masa 8 saat. Berapakah kerja yang dilakukan dan kuasa yang digunakannaya?




Isnin, 7 September 2015

Dinamik

BAB 7 DINAMIK

Daya
1. Daya ditakrifkan sbg ___________ @ _____________ ke atas objek.
2. Contoh daya tolakan: menendang bola,_______,_______,________
3. Contoh daya tarikan : tarik laci,_________,_________,_________
4. Kesan daya dapat dirasai tetapi daya tidak dapat dilihat.

 Jenis-jenis Daya
a) Daya graviti - daya yg menarik objek ke bumi
b) Daya magnet- daya yg menarik bahan magnet spt logam kepada magnet
c) Daya elektrik-
d) Daya elektrostatik - daya yg dihasilkan oleh cas elektrik statik sbb geseran antara 2 bhn yg berbeza
e) Daya geseran- Daya yg menentang pergerakan sesuatu objek


Pengukuran daya
1) Unit daya ialah Newton (Band 1)
2) Nilai/magnitud daya dapat diukur menggunakan neraca spring.
3) Penunjuk menunjukkan magnitud daya
4) Apbl beban digantung, berat beban mengenakan daya ke atas spring dan memanjangkannya.
5) Pemanjangan spring berkadar terus dgn berat beban. (daya yg dikenakan).
6) Maka, semakin bertambah berat beban, semakin bertambah pemanjangan spring.

Aplikasi daya geseran
1) Daya geseran boleh
     a)  Memperlahankan @ membernhentikan objek bergerak.
     b)  Menghalang objek pegun drp bergerak.
2) Magnitud daya geseran bergantung  :
    a)  Berat objek- lebih berat , maka lebih besar geseran
    b)  Jenis permukaan- lebih kasar , maka lebih besar geseran
          cth : permukaan kertas pasir lebih kasar drp permukaan kaca, maka geseran yg bertindak pada bongkah adalah lebih besar

Kebaikan geseran
1) Berjalan tanpa gelincir kerana geseran tapak kasut dgn lantai.
2) Membolehkan pegang objek .
3) Kenderaan bergerak tanpa babas.
4) Tangga yg disandarkan dan pegun tidak gelincir kerana geseran


Keburukan geseran
1) Permukaan objek menjadi haus & lusuh akibat geseran
2) Penghasilan haba dlm mesin boleh menyebabkan kerosakan spt sensor.
3) Memperlahankan kenderaan menyebabkan penggunaan bhn api yg banyak.
4) Menentang pergerakan objek.
5) Penghasilan bunyi -gangguan

Penambahan geseran
a) Tayar mempunyai corak & bunga
b) Lantai dilapik dgn tikar @ permaidani utk elak drp gelincir
c) Pemegang pisau & gunting diperbuat drp getah
d) Permukaan jalan raya yg kasar iaitu diperbuat drp campuran tar dgn batu kecil

Pengurangan geseran
a) Penggolek diletakkan di bawah objek yg berat utk mudah digerakkan
b) minyak & gris digunakan dlm enjin utk mengurangkan geseran dlm enjin.
c) Kapal terbang berbentuk aerodinamik utk mengurangkan geseran.