Rabu, 2 September 2015

Sistem sokongan tumbuhan darat dan akuatik

Sistem Sokongan bagi tumbuhan darat
a)Tumbuhan berkayu
b)Tumbuhan tidak berkayu (tumb herba)


TUMBUHAN BERKAYU
a)Tumbuhan berkayu - keras dan tegar utk kekuatan batang supaya tegak utk mendapat cahaya.

b)Sesetengah tumb berkayu ada struktur khas spt duri, akar banir, akar sokong dll utk sokongan tambahan.

i) Akar banir
    cth : Pokok meranti , jati, pokok ru, pokok semarak api
    Akar ini penting untuk menyokong pokok berdiri tegak .
 

ii) Akar Jangkang
    Cth : Pokok bakau
    Akar keluar dari batang mencengkam tanah yang berlumpur
 

iii) Duri
    Cth : Pokok bunga ros, pokok rotan dan pokok bunga kertas




TUMBUHAN TIDAK BERKAYU (HERBA)
b)Tumbuhan tidak berkayu (tumb herba)- disokong oleh tekanan air di dalam sel-selnya. Air di dalam sel menekan pada dinding sel dan menyebabkan  sel tumbuhan menjadi segah. Tumbuhan tidak berkayu (tumb herba)
 
  1) cth : kubis, betik , keembung , sawi
 
  2)tumbuhan herba adalah lebih rendah berbandingv tumbuhan berkayu kerana kesegahan air tidak mampu menahan beban yang berat

  3) struktur khas - bantu tumbuhan herba memanjat batang pokok lain utk mendapat cahaya matahari
      i) Sulur paut  -  pokok timun, peria

 

   



 ii) batang berlilit - pokok kacang panjang,


      iii)Akar Sokong -  Pokok jagung , tebu,pandan

      iv) Akar cengkam - pokok duit- duit,p.orkid,p.lada hitam




Sistem Sokongan bagi tumbuhan Akuatik

1) air - memberi sokongan terhadap p.teratai,hidrila dan kiambang
2) tumbuhan akuatik mempunyai banyak ruang udara dalam batang dan daun . Maka ia menjadi kurang tumpat dan mudah terapung






Selasa, 25 Ogos 2015

Sistem sokongan haiwan vertebrata dan invertebrata


1) Sistem rangka
   a) Rangka dalam
   b) Rangka luar
   c) Rangka hidrostatik

2) Sistem rangka berfungsi untuk
   a)Menyokong berat badan
   b)Memberi bentuk badan
   c) Melindungi organ dalam badan

3 )Berat badan manusia disokong oleh lengkungan pelvis (punggung) - tulang yg paling besar & paling kuat
4) Berat badan spt kucing dan gajah disokong oleh lengkungan pelvis dan lengkungan pektoral
5) Tulang rangka manusia dan vertebrata darat mempunyai rongga. Tulang ini lebih ringan dan lebih kuat drptulang padat.
6) Berat badan haiwan akuatik diskong oleh daya apungan air. Hal ini kerana, lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis adalah sgt kecil
7) Ikan paus boleh membesar dengan saiz yg amat besar. Hal ini kerana, berat badannya bukan sahaja disokong oleh rangka dalam, tetapi disokong oleh daya apungan air



Selasa, 4 Ogos 2015

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2015


Pagi sebelum majlis rumah terbuka.

Alhamdulillah. Rancangan kami untuk mengadakan majlis rumah terbuka telah di laksanakan. Saya dan isteri bercadang untuk mengadakannya pada hari ahad 2 ogos 2015 dari jam 12tgh - 7ptg.
Menu kami adalah
 nasi berlauk kari ayam, 
behun goreng, 
cocktail, 
kuih muih, 
biskut raya,
 buah - sunkist , tembikai
minuman - sarsi


Masakan isteri




bangun awal pagi ahad .Pertama- kami masak behun goreng dan masak nasi.




ok. dalam tempoh masa 40minit.behun dah masak.

kemudian, masak kari ayam




                                                                                                                                                                                                            
kari ayam sudah masak pada jam 9.30pagi



 
Ulam ulaman bersama budu
Semua masakan dah siap jam 11.30pagi
 

Jam 2ptg, jiran dan kawan-kawan mula tiba dirumah
 




Alhamdulillah,bersyukur sangat kepada Allah swt kerana memberikan kami rezki ini. Rezki yang diperloleh dikongsi bersama. Selamat menjamu selera kawan-kawan. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf zahir dan batin
daripada cikgusam sekeluarga.