Khamis, 10 September 2015

Tekanan Udara

Teori kinetik gas

Jelaskan tekanan udara?
1) Teori kinetik gas menyatakan gas terdiri drp zarah-zarah halus & diskrit yg bergerak secara rawak.
2) Dlm bekas tertutup, zarah2 udara berlanggar antara satu sama lain dan dgn dinding bekas.
3) Pelanggaran zarah udara dgn dinding bekas mewujudkan tekanan udara.
4) Tekanan udara dpt ditingkatkan dgn mengurangkan isipadu bekas kerana zarah udara berlanggar dgn lebih kerap sesama sendiri dan dgn dinding bekas.


Adakah udara mengenakan tekanan? buktikan
Aktiviti : Udara mengenakan tekanan
Bahan : kadbod, penyedut minuman (straw), besen dan gelas plastik

a) Isikan air penuh dalam gelas plastik. Tutup gelas dgn kadbod. Terbalikkan gelas. lepaskan kadbod perlahan2 dgn hanya memegang gelas sahaja.
Pemerhatian : Air tidak tumpah dan kadbod kekal pada kedudukannnya
sebab:  Daya gariviti terhadap air lebih kecil drp daya tekanan udara yg lebih besar bertindak terhadap kadbod. Tekanan udara ini menekan kadbod dan kadbod kekal pada kedudukannya.


b) Masukkan straw ke dalam bikar yg berisi air. tutup lubang straw di atas dgn jari. alihkan straw drp bikar.
Pemerhatian ; di dapati air kekal dlm straw.
Sebab: daya tekanan udara yg lebih besar drp daya graviti telah menyokong berat air. maka air tidak  keluar drp straw.




c) Terbalikkan dan tenggelamkan keseluruhan gelas ke dlm besen yg berisi air. Angkat gelas perlahan-lahan ( sebahagaian gelas keluar drp besen). Pastikan udara tidak masuk dlm gelas.
Pemerhatian : Air kekal penuh dlm gelas
Sebab : Daya tekanan udara menyokong berat air dlm gelas dengan menekan permukaan air dlm bikar


kesimpulan : Udara mengenakan tekanan . hipotesis di terima


Huraikan faktor2 tekanan udara dalam bekas tertutup (Band 4)

a) Isipadu bekas - (isipadu bekas kurang, tekanan udara bertambah)
                           - kerana ruang zarah utk bergerak menjadi kurang, pelanggaran antara zarah &                                       dinding bekas lebih kerap. maka tekanan udara bertambah
b) Suhu udara- (suhu udara bertambah, tekanan udara bertambah)
                      - kerana zarah menerima byk tenaga haba dan seterusnya bergerak pantas. kesannya                               pelanggaran antara zarah & dinding bekas lebih kerap. Maka tekanan udara bertambah


Aplikasi prinsip tekanan udara




Tiada ulasan:

Catat Ulasan